Lokasi Anda:   Bahagian HEM -->  PERATURAN SEKOLAH

Peraturan-peraturan Sekolah

 

 

Pakaian seragam | Potongan Rambut | Tatatertib | Harta benda sekolah | Peraturan khusus | Amal Ibadat | Ujian/peperiksaan | Kenderaan | Kesalahan-kesalahan berat | Larangan-larangan | Lawatan/pelawat-pelawat | Kebersihan dan keceriaan | Pelajar harian | Jenis-jenis salahlaku | Tindakan kepada murid yang melanggar disiplin/peraturan |

1.0 KEHADIRAN KE SEKOLAH

    1.1 Waktu persekolah adalah seperti berikut:

        ISNIN hinga KHAMIS : 7.00 pagi hingga 1.20 petang
        JUMAAT                 : 7.00 pagi hingga 11.25 pagi

        [Pelajar masuk ke kelas sebelum 6.45 pagi untuk mengambil kehadiran]

    1.2 Kehadiran ke sekolah adalah wajib

2.0 PAKAIAN SERAGAM

    2.1 Pakaian seragam murid tingkatan 1 hingga tingkatan 5:

        2.1.1 Murid Lelaki

a) Seluar panjang (fesyen ala jeans dilarang sama sekali)

b) Baju putih berlengan pendek

c) Kasut getah/kanvas berwarna putih

d) Berstokin putih

 

 

 

 

 

 

        2.1.2 Murid Perempuan

a) Pinafore biru berlengan dan berkolar putih

b) Kasut getah/kanvas berwarna putih

c) Berstokin putih

d) Murid Perempuan beragama Islam

    WAJIB:

    i. memakai baju kurung potongan tradisional berwarna putih

   ii. Tudung kepala berwarna putih

 

 


Pakaian murid perempuan bukan Islam

Pakaian murid perempuan Islam

 

3.0 POTONGAN RAMBUT

Potongan Rambut Murid Lelaki

Potongan Rambut Murid Perempuan

 

3.1 Potongan Rambut Murid Lelaki

    3.1.1 Murid lelaki tidak boleh berambut panjang. Rambut panjang bermaksud:

            a) di belakang : rambut melebihi garisan di bawah cuping.

            b) di sebelah : rambut menutup kedua-dua belah telinga atau sebahagian daripadanya.

            c) di depan : rambut menutupi garisan tengah dahi.

            d) di atas : rambut lebih daripada empat inchi panjang.

    3.1.2 Murid lelaki tidak dibenarkan menyimpan misai, janggut atau jambang.

3.2 Potongan Rambut Murid Perempuan

    3.2.1 Rambut murid perempuan tidak dibenarkan jatuh ke bahu

    3.2.2 Jika murid perempuan berambut panjang, hendaklah diikat dengan menggunakan riben berwarna hitam/biru supaya tidak jatuh ke bahu.

    3.2.3 Rambut yang panjang di depan hendaklah disikat ke belakang atau dikelip.

3.3 Murid-murid dilarang mewarnakan rambut

 

4.0 TATATERTIB

4.1 Di dalam kelas, murid-murid hendaklah menjaga ketenteraman semasa pembelajaran dan pengajaran.

4.2 Semasa perhimpunan setiap hari Selasa, murid-murid diwajibkan hadir dan menepati masa.

4.3 Murid-murid hendaklah berbaris dengan teratur semasa pergi ke makmal sains, makmal komputer, dewan, kantin atau tempat untuk menghadiri majlis atau upcara tertentu.

 

5.0 HARTA BENDA SEKOLAH

5.1 Harta benda sekolah ialah segala benda kepunyaan sekolah. Jika sesuatu harta benda sekolah dirosakkan, sama ada sengaja atau tidak sengaja, murid itu akan dikenakan hukuman setimpal.

5.2 Buku-buku teks adalah kepunyaan Kementerian Pelajaran dan dipinjamkan kepada murid. Adalah menjadji tanggungjawab murid-murid untuk menjaga kebersihan dan keselamatan buku tersebut.

5.3 Murid-murid dilarang menconteng atau menggunting buku teks. Murid-murid juga dilarang meninggalkan buku teks dalam kelas atau dewan.

5.4 Jika didapati murid-murid merosak, mengotor atau mengabaikan keselamatan buku teks, maka jawatankuasa buku teks berhak merampas atau menerima ganti rugi.

 

6.0 PERATURAN KHUSUS

6.1 Murid-murid mestilah mematuhi peraturan-peraturan khusus untuk :

    a. Makmal Sains

    b. Makmal Komputer

    c. Bilik ERT/Bengkel KMT/Bengkel SPN

    d. Pusat Sumber

    e. Lain-lain peraturan khusus yang dikeluarkan oleh sekolah.

 

7.0 AMALAN IBADAT

7.1 Murid-murid digalakkan melakukan amalan ibadat pada masa dan tempat yang ditetapkan.

7.2 Murid-murid dilarang sama sekali menghina/mencemar amalan/kesucian ibadat.

7.3 Murid-murid mesti menghormati agama orang lain setiap masa.

 

8.0 UJIAN/PEPERIKSAAN

8.1 Kehadiran dalam semua peperiksaan adalah wajib.

8.2 Murid-murid tidak dibenarkan melakukan sebarang penyelewengan atau ketidakjujuran dalam peperiksaan.

8.3 Memalsukan tandatangan atau markah dalam Buku Kemajuan Murid adalah kesalahan berat.

 

9.0 KENDERAAN

9.1 Semua kenderaan hendaklah diletak di tempat yang dikhaskan dalam kawasan sekolah.

9.2 Ibu bapa dilarang memandu kenderaan masuk ke dalam kawasan sekolah semasa menghantar atau mengambil anaknya.

9.3 Murid yang menggunakan motosikal ke sekolah diwajibkan memakai topi keledar.

 

10.0 KESALAHAN-KESALAHAN BERAT

10.1 Murid-murid yang melakukan kesalahan ini akan dikenakan tindakan disiplin yang berat, termasuk dirotan, pergantungan dari sekolah, ibu bapa/penjaga akan dipanggil ke sekolah untuk membuat surat perjanjian dan perbincangan, membuat kerja amal serta diberi bimbingan dan kaunseling. Melakukan kesalahan berat berkali-kali boleh menyebabkan murid berkenaan disyorkan kepada JPN untuk dibuang sekolah.

10.2 Berikut adalah senarai kesalahan berat :

a. Menjadi ahli dalam pertubuhan haram/gangster.

b. Membawa senjata yang merbahaya/mercun.

c. Memukul guru/murid/pengawas/staf sokongan.

d. Mengancam murid/guru/pengawas/staf sokongan.

e. Menulis kepada surat khabar tanpa kebebaran pihak yang berkuasa sekolah.

f. Sengaja merosakkan harta benda sekolah.

g. Sengaja merosakkan harta persendirian murid/guru/staf sokongan.

h. Mencuri.

i. Menghisap/menjual/membekal/menyimpan rokok.

j. Terlibat dalam penyalahgunaan dadah/menghidu gam.

k. Berjudi.

l. Minum minuman keras atau yang memabukkan.

m. Masih membantah hukuman guru walaupun sudah tiga atau empat kali amaran.

n. Bercinta atau berdua-duaan.

o. Menunjukkan sifat bongkak dan membuat penghinaan kepada guru/pengawas/staf sokongan.

p. Sengaja atau tidak sengaja menimbulkan sesuatu perkara yang sensitif dengan tujuan menimbulkan kacau atau perbalahan kaum.

q. Membawa telefon bimbit / netbook tanpa kebenaran.

r. Melanggar peraturan-peraturan tatatertib yang menurut budibicara Pengetua sebagai perlanggaran tatatertib yang berat.

 

11.0 LARANGAN-LARANGAN

11.1 Murid-murid yang ingin menjadi ahli/menyertai aktiviti badan luar hendaklah mendapat kebenaran pengetua.

11.2 Kawasan-kawasan larangan : Murid-murid tidak dibenarkan berada di kawasan/tempat berikut tanpa kebenaran :-

a. Persekitaran bilik pengetua.

b. Bilik Penolong Kanan.

c. Pejabat Am

d. Bilik makmal sains.

e. Setor-setor

f. Kawasan-kawasan yang ditetapkan dari semasa ke semasa.

g. Pondok Jaga

h. Dapur

 

12.0 LAWATAN DAN PELAWAT-PELAWAT

12.1 Pelawat / orang luar tidak dibenarkan berjumpa dengan murid kecuali setelah mendapat kebenaran daripada Pengetua.

12.2 Jika ibu bapa/penjaga yang datang dengan hasrat membawa keluar murid kerana sesuatu sebab yang cemas maka kebenaran daripada pengetua hendaklah didapati terlebih dahulu.

 

13.0 KEBERSIHAN DAN KECERIAAN

13.1 Semua murid dikehendaki menjaga kebersihan kawasan sekolah. Membuang sampah sarap di merata-rata tempat adalah suatu kesalahan.

13.2 Pakaian yang bersih dan kemas dan kebersihan diri mencerminkan peribadi atau personaliti seseorang murid. Oleh itu murid-murid mesti :-

a. selalu menjaga kebersihan pakaian.

b. Selalu menjaga kebersihan diri terutama rambut, kuku dan keseluruhan badan.

13.3 Murid-murid digalakkan memberi sumbangan untuk mengindahkan kawasan sekolah.

 

14.0 PELAJAR HARIAN

14.1 Pelajar harian yang menggunakan motorsikal wajib menggunakan topi kaledar.

14.2 Pelajar harian dilarang keluar dari kawasan sekolah pada waktu rehat.

14.3 Pelajar harian dilarang membawa motorsikal/kenderaan ke kawasan asrama. (Tinggalkan pada kawasan yang telah ditetapkan)

14.4 Pelajar harian dilarang membawa/mengangkut pelajar asrama keluar dari kawasan sekolah.

14.5 Pelajar harian dilarang pergi ke asrama.


JENIS-JENIS SALAHLAKU

A. JENAYAH

1. Berjudi

2. Mencuri

3. Melawan Guru

4. Melawan Pengawas

5. Peras Ugut

6. Buli

7. Kongsi Gelap/Gangsterism

8. Penggunaan Dadah/Pil/Inhalan

9. Membawa Senjata

10. Cabul kehormatan

11. Mengancam murid/guru

12. Menceroboh

13. Tunjuk perasaan

14. Bertaruh

15. Bertumbuk

16. Menimbulkan isu sensitif/menyebabkan pergaduhan perkauman

 

B. LUCAH

1. Bercumbuan

2. Berkhalwat

3. Bawa bahan lucah

4. Intai Murid Perempuan/lelaki

5. Guna kata lucah

6. Melukis gambar lucah

7. Melacur

 

C. KEKEMASAN DIRI

1. Berambut panjang / berwarna

2. Berkuku panjang / bervarnis

3. Bermisai / berjanggut

4. Pakaian tidak sesuai

5. Memakai barang kemas/perhiasan [ anting-anting,cincin,rantai,gelang ]

6. Memakai celak mata

 

D. TIDAK PENTINGKAN MASA

1. Berkeliaran

2. Datang lewat ke sekolah

3. Lewat ke perhimpunan

4. Makan di luar masa rehat

 

E. KURANG SOPAN

1. Kasar dengan guru/staf sokongan

2. Kasar dengan murid

3. Berbahasa kasar/berbunyi ganjil

4. Menghisap rokok

5. Menganggu Pembelajaran dan Pengajaran

6. Kasar dengan pengawas

7. Tidak menghormati guru

8. Tidak menghormati rakan-rakan

9. Tidak beratur / berbaris

 

F. MEROSAKKAN HARTA BENDA AWAM / SEKOLAH

1. Merosakkan harta benda sekolah/awam

2. Merosakkan harta benda guru / murid.

 

G. TIDAK JUJUR

1. Tidak amanah/berbohong

2. Mencemarkan nama baik sekolah.

 

H. PONTENG

1. Ponteng kelas

2. Ponteng perhimpunan

3. Ponteng aktiviti kokurikulum

4. Ponteng ujian/peperiksaan

5. Ponteng kelas tambahan

6. Pontong Gotong-royong


TINDAKAN-TINDAKAN YANG DIKENAKAN KEPADA PELAJAR YANG MELANGGAR DISIPLIN

 

1.    TEGURAN LISAN/BERTULIS (REKOD DISIMPAN)

2.    HANTAR KE UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING (REKOD)

3.    AMARAN (IBU BAPA DIPANGGIL) (REKOD) SSDM

4.    ROTAN 1 KALI (IBU BAPA DIPANGGIL) (REKOD) 

5.    ROTAN 2 KALI (IBU BAPA DIPANGGIL) (REKOD) 

6.    ROTAN 3 KALI (IBU BAPA DIPANGGIL) (REKOD) 

7.    GANTUNG ASRAMA (PELAJAR ASRAMA) (IBU BAPA DIPANGGIL)-(REKOD) 

8.    GANTUNG SEKOLAH (IBU BAPA DIPANGGIL) (REKOd) 

9.    BUANG ASRAMA (PELAJAR ASRAMA)-TAK LAYAK TINGGAL DI ASRAMA TAHUN AKAN DATANG 

10.  PANGGIL POLIS MENCURI, MENGHIDU GAM, DADAH, BERKELAHI, PERAS UGUT (BULI) 

11. KES KEROSAKAN PELAJAR DIKEHENDAKI MEMBAYAR KOS (HARGA) BARANG YANG ROSAK, BAYAR KOS PENGANGKUTAN, BAYAR KOS PEMBAIKAN.


 Kembali ke atas