Lokasi Anda:   Bahagian HEM -->  PERATURAN ASRAMA

Peraturan Asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Pakan

 

 

Peraturan Asrama | Keselamatan di Asama | Jenis-jenis salahlaku | Tindakan  yang boleh dikenakan | Peraturan Dewan Makan | Peraturan keluar masuk kawasan sekolah/asrama |

 DISIPLIN & PERATURAN

 

DISIPLIN

 -KEBOLEHAN SESEORANG / INDIVIDU MENGIKUT PERATURAN

-KEBOLEHAN SESEORANG / INDIVIDU MENUNJUKAN ETIKA YANG BAIK

-KEBOLEHAN SESEORANG / INDIVIDU MEMPRATIKKAN NILAI-NILAI MURNI

-KEBOLEHAN SESEORANG / INDIVIDU MENGAWAL DISIPLIN DIRI

1.       SEPERTI MENGATAKAN TIDAK KEPADA AJAKAN-AJAKAN RAKAN

2.       MENEPATI MASA-SEKOLAH, BELAJAR, GOTONG ROYONG

3.       BERTANGGUNGJAWAB

4.       MELETAKKAN ILMU ADALAH TUJUAN UTAMA DATANG KE SEKOLAH

5.       MEMBEZAKAN YANG SALAH DENGAN YANG BETUL

6.       DAPAT MENGANDAIKAN KESANNYA JIKA MELANGGAR DISIPLIN

7.       MENANAMKAN SEMANGGAT BELAJAR YANG TINGGI

8.       MEMPUNYAI CITA-CITA

9.       TIDAK MENGHAMPAKAN IBU BAPA SERTA KELUARGA


PERATURAN

 PENYATAAN UMUM / KHUSUS YANG DIBEKALKAN OLEH KEMENTERIAN ATAU DIGUBAL OLEH SESUATU ORGANISASI MENGIKUT SITUASI SETEMPAT YANG HARUS DIIKUTI OLEH SETIAP INDIVIDU ATAU ORANG LAIN YANG BERADA DI KAWASAN TERSEBUT. IANYA MELIPUTI LARANGAN-LARANGAN ATAU PENYATAAN-PENYATAAN YANG BERBENTUK PESANAN AGAR SEMUA PIHAK YANG BERADA / TINGGAL DI KAWASAN TERSEBUT BERASA SELAMAT, GEMBIRA, CERIA DAN SERONOK.

 

PERATURAN BERKAIT RAPAT DENGAN DISIPLIN. KALAU PERATURAN-PERATURAN DIPATUHI SEPENUHNYA INI AKAN MENCERMINKAN DISIPLIN SESEORANG INDIVIDU ITU TERPUJI.

 

JIKA PERATURAN INI DILANGGAR / TIDAK DIIKUTI / INI MENCERMINKAN DISIPLIN SESEORANG ITU TERUK DAN INDIVIDU ITU AKAN DIBERI TINDAKAN DISIPLIN.   

 

PERATURAN ASRAMA

 Segala peraturan berikut berkuatkuasa sebaik sahaja seseorang pelajar melaporkan diri untuk tinggal di asrama. Pelajar yang didapati tidak mematuhi mana-mana peraturan boleh dikenakan tindakan yang sewajarnya oleh pihak sekolah.

 

PENDAFTARAN

1.     Tinggal diasrama adalah satu kemudahan yang diberikan oleh pihak sekolah kepada pelajar.

2.     Murid wajib mendaftarkan diri sebelum dibenarkan tinggal di asrama.

3.     Jangan ubahsuai/memindahkan/menulis/merosakkan apa-apa peralatan yang telah dibekalkan di asrama.

4.     Sekiranya terdapat kerosakan pada peralatan yang digunakan sila laporkan kepada waden asrama masing-masing.

5.     Pelajar dilarang bertukar asrama/bilik tidur/tidur di asrama lain tanpa kebenaran waden.

 

TINGKAHLAKU DILARANG

6.     Merokok/berjudi/menghidu gam/membawa dan meminum minuman keras/ benda & senjata tajam/alatan elektrik dan lain-lain yang difikirkan boleh mengancam keselamatan adalah dilarang sama sekali (rujuk jenis dan kod salahlaku KPM)

7.     Membuat sambungan litar tambahan pada mana-mana peralatan elektrik adalah dilarang.

8.     Lilin/mancis/mercun dan bahan bakar yang lain adalah dilarang penggunaannya.

9.     Pelajar dilarang membawa makanan ke asrama.

10. Amalkan sikap menghormati orang lain. Elakkan bising yang keterlaluan seperti menjerit, menyanyi, bermain di dalam bilik, mengetuk katil/almari sehingga boleh mengganggu orang lain.

 

KEBERSIHAN

11. Pengawas bilik mesti menyediakan jadual bertugas dibilik asrama masing-masing.

(Jadual bertugas dan carta organisasi bilik wajib dipamerkan)

12. Pelajar yang telah ditugaskan, perlu bertanggungjawab terhadap tugas yang telah diamanahkan kepadanya.

13. Pelajar harus menjaga kebersihan bilik & kawasan asrama (Tandas & Bilik mandi).

14. Kawasan tempat tidur/kasut/selipar/penyapu harus kemas & tersusun rapi.

15. Sampah dalam tong sampah hendaklah sentiasa dibuang di tapak pembuangan sampah.

16. Pakaian haruslah dijemur pada ampaian yang telah disediakan. Pelajar dilarang menyidai pakaian yang basah di dalam bilik.

17. Pelajar wajib menyertai GO-RO (gotong royong) asrama pada setiap petang Rabu jam 4.00 petang – 5.30 petang, Pagi Sabtu 7.00 – 8.00 pagi dan Ahad 4.00 petang (selepas balik dari kampung).

  

LAMPU ASRAMA

18. Adalah tanggungjawab penghuni asrama/pengawas memastikan suis lampu ditutup apabila meninggalkan asrama/bilik. (JIMAT ELEKTRIK)

19. Tidur malam lampu perlu dipadamkan jam 10.00 malam. Pelajar dilarang berkeliaran dikawasan asrama/kelas dan lain-lain tempat selepas jam 10.00 malam tanpa kebenaran/penyeliaan guru/waden.

 

SAKIT

20. Pelajar yang sakit perlu mendapatkan rawatan dengan berjumpa penyelia asrama/waden/guru. Jangan mendiamkan diri.

 

KESELAMATAN/ETIKA DI ASRAMA

21. Jangan menghalang kedua-dua pintu keluar di bilik asrama.

22. Susun katil/almari dengan  teratur tanpa menghalang laluan.

23. Laporkan sebarang kerosakan(suis, litar elektrik dll)/kejadian yang berlaku kepada waden bertugas dengan segera.

24. Pelajar dilarang membawa kenderaan ke asrama.

25. Membawa barang-barang berharga (Emas/perak) adalah dilarang sama sekali.

26. Amalkan tingkahlaku yang sopan dari segi berpakaian. Penggunaan seluar Jean adalah dilarang.

27. Pastikan almari dikunci, duit/Kad pengenalan dibawa bersama setiap kali anda keluar dari asrama.

     (Sila rujuk pelan Kawad Kecemasan Asrama)

 

BELAJAR MALAM

28. Masa belajar malam ialah 7.00 malam – 9.00 malam. (6.50 petang semua pelajar sudah berada di kelas masing-masing).

29. Pelajar asrama wajib belajar malam “Private study” di kelas yang telah ditentukan. Elakkan bertukar kelas tanpa kebenaran waden.

30. Amalkan etika yang baik semasa belajar dengan suasana yang senyap dan tanpa pergerakan.

31. Gunakan waktu belajar malam untuk membuat latihan/kerja rumah/membaca buku ilmiah/mengulangkaji. (ILMU PELITA HIDUP)

 

MAKAN/MINUM

32. Waktu makan di dewan pada hari

Isnin – Jumaat

Pagi                       : 5.30 pagi – 6.00 pagi

Tengahari               : 1.30 t/hari – 2.00 petang

Petang                   : 5.45 petang – 6.15 petang

 

Hujung minggu Sabtu – Ahad

Pagi                       : 6.00 pagi – 6.30 pagi

Tengahari               : 12.00 pagi – 12.30 tengahari

Petang                   : 5.45 petang – 6.15 petang


JENIS-JENIS SALAHLAKU (KEMENTERIAN PENDIDIKAN)

 

A: TINGKAHLAKU JENAYAH

1.       BERJUDI

2.       MENCURI

3.       MELAWAN/MENGANCAM/MEMUKUL GURU

4.       MELAWAN/MENGANCAM/MEMUKUL PENGAWAS

5.       MELAWAN/MENGANCAM/MEMUKUL MURID LAIN

6.       MEMERAS UGUT

7.       MEMBULI

8.       MENGOTAI KUMPULAN HARAM/KONGSI GELAP

9.       MENYALAHGUNAKAN DADAH

10.  MEMBAWA SENJATA MEMBAHAYA

11.  MENCABUL KEHORMATAN

12.  MENCEROBOH BILIK KHAS/KEDAI/KOPERASI/ASRAMA/PEJABAT

13.  MENUNJUK PERASAAN

14.  BERTARUH SECARA BESAR-BESARAN

15.  BERTUMBUK /BERKELAHI

16.  MENGHIDU GAM / LIQUID

 

B: TINGKAHLAKU LUCAH

1.    BERCUMBU-CUMBUAN

2.    BERKHALWAT

3.    MENCEROBOH ASRAMA PEREMPUAN/LELAKI

4.    MEMBAWA BAHAN-BAHAN LUCAH

5.    MENGINTAI MURID PEREMPUAN/LELAKI

6.    MENGGUNAKAN KATA DAN PERBUATAN LUCAH

7.    MELUKIS DAN MENULIS KATA-KATA LUCAH

8.    BERDUA-DUAAN (BERCINTA)

 

C: KEKEMASAN DIRI

1.    BERAMBUT PANJANG/BERFESYEN/BERWARNA

2.    BERKUKU PANJANG

3.    BERMISAI/BERJANGUT

4.    MEMAKAI PAKAIAN YANG TIDAK MENGIKUT PERATURAN SEKOLAH

5.    MEMAKAI BARANG PERHIASAN/ANTING/EMAS/PERAK

6.    MENCUKUR BULU MATA/KENING

 

D: TIDAK MEMETINGKAN MASA

1.    BERKELIARAN DI KAWASAN SEKOLAH

2.    DATANG LEWAT KE SEKOLAH

3.    LEWAT KE PERHIMPUNAN

4.    MAKAN DIKANTIN DILUAR WAKTU REHAT

5.    LEWAT PULANG KE ARSAMA

 

E: TINGKAHLAKU KURANG SOPAN/BIADAB

1.    BERKELAKUAN KASAR TERHADAP GURU

2.    BERKELAKUAN KASAR TERHADAP PENGAWAS

3.    BERKELAKUAN KASAR TERHADAP MURID

4.    BERBAHASA KESAT

5.    MENYIMPAN ROKOK

6.    MENGHISAP ROKOK

7.    MENGGANGGU PELAJARAN DAN PEMBELAJARAN

8.    TIDAK MENGHORMATI GURU

9.    INGKARARAHAN GURU/PENGAWAS

 

F: TINGKAHLAKU MUSNAH

1.    MEROSAKKAN HARTABENDA SEKOLAH/ GURU/ASRAMA/MURID/KANTIN

 

G: PONTENG

1.    PONTENG KELAS

2.    PONTENG SEKOLAH

3.    PONTENG PERHIMPUNAN

4.    PONTENG KEGIATAN KOKURIKULUM/AKTIVITI LUAR BILIK DARJAH

5.    PONTENG UJIAN

6.    PONTENG PEPERIKSAAN

7.    PONTENG BELAJAR MALAM

8.    PONTENG GOTONG ROYONG ASRAMA


TINDAKAN-TINDAKAN YANG DIKENAKAN KEPADA PELAJAR YANG MELANGGAR DISIPLIN

 

1.    TEGURAN LISAN/BERTULIS (REKOD DISIMPAN)

2.    HANTAR KE UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING (REKOD)

3.    AMARAN (IBU BAPA DIPANGGIL) (REKOD) – SSDM

4.    ROTAN 1 KALI (IBU BAPA DIPANGGIL) (REKOD) 

5.    ROTAN 2 KALI (IBU BAPA DIPANGGIL) (REKOD) 

6.    ROTAN 3 KALI (IBU BAPA DIPANGGIL) (REKOD) 

7.    GANTUNG ASRAMA (PELAJAR ASRAMA) (IBU BAPA DIPANGGIL)-(REKOD) 

8.    GANTUNG SEKOLAH (IBU BAPA DIPANGGIL) (REKOd) 

9.    BUANG ASRAMA (PELAJAR ASRAMA)-TAK LAYAK TINGGAL DI ASRAMA TAHUN AKAN DATANG 

10.  PANGGIL POLIS – MENCURI, MENGHIDU GAM, DADAH, BERKELAHI, PERAS UGUT (BULI) 

11. KES KEROSAKAN – PELAJAR DIKEHENDAKI MEMBAYAR KOS (HARGA) BARANG YANG ROSAK, BAYAR KOS PENGANGKUTAN, BAYAR KOS PEMBAIKAN.


PERATURAN DI DEWAN MAKAN

 

 ADAP SOPAN

1.     Hendaklah berbaris apabila mengambil makanan. (Elakkan dari berebut-rebut).

2.     Gunakan pakaian yang sesuai, bersih dan kemas. (Topi, singlet,baju nipis dan berlubang dilarang)

3.     Pelajar yang berpeluh, kotor selepas bersukan tidak dibenarkan masuk ke dewan makan.

4.     Tanggalkan kasut/selipar di luar dewan apabila hendak masuk ke dewan makan.

5.     Elakkan membuat bising, berteriak, mengetuk pinggan dan meja di dewan.

6.     Elakkan membazir dan ambil makanan mengikut kemampuan selera.

7.     Jangan membaling dan menyebarkan makanan merata tempat.

 

KEBERSIHAN

8.   Mana-mana guru/pelajar yang menggunakan dewan seperti perjumpaan kelab, rumah sukan, kelas-kelas peperiksaan, taklimat, jamuan dan sebagainya harus memastikan sampah dibersihkan dan susun kerusi meja dalam kedudukan asal sebelum meninggalkan dewan.

9.  Jangan meludah di dalam dan di luar kawasan dewan.

10. Bersihkan tangan dan alatan (pinggan, sudu dan cawan) terlebih dahulu sebelum makan/mengambil makanan.

11. Jangan membuang sisa makanan ke bawah lantai. Eloklah dikumpulkan di atas meja dan dibuang di tempat khas yang telah disediakan di luar dewan.

12. Kelas bertugas membersihkan dewan wajib menjalankan kerja pembersihan pagi, tengahari dan petang.

 

 LAIN-LAIN

13. Membawa makanan ke asrama adalah dilarang sama sekali.

14. Lampu/kipas hendaklah sentiasa ditutup selepas meninggalkan dewan.

15. Semua pelajar bertanggungjawab memastikan agar peralatan di dewan (pintu, meja, lansir dan kerusi dewan) dalam keadaan yang teratur dan sempurna

16. Pengawas dewan makan harus memastikan pembersihan dewan dijalankan dengan sempuna.

17. Pengawas dewan makan perlu melaporkan segala tingkahlaku yang kurang sopan oleh pengguna dewan kepada waden bertugas.


 PERATURAN KELUAR/ MASUK KAWASAN SEKOLAH (PELAJAR)

         

KESELAMATAN DIRI

1.     Pastikan anda ada kebenaran daripada pihak sekolah/waden.

(Isi borang kebenaran keluar/ Ditandatangani buku/kad keluar)

2.     Pelajar wajib meningggalkan Buku/kad keluar pada pondok jaga. Apabila balik ke sekolah ambil semula.

3.     Wajib keluar @ berjalan secara bertiga atau berkumpulan. (Elakkan keluar berseorangan).

4.     Elakkan menumpang kereta/motorsikal orang yang tak dikenali.

         (Jangan mudah diajak/Dipelewa/terpedaya).

5.     Jika melintas jalan, pastikan melihat kiri dulu, kemudian kanan dan lihat kiri sekali lagi. (Sentiasa berwaspada).

  

KELUAR KE PASAR PAKAN/ KE KLINIK DESA PAKAN

6.     Pelajar dibenarkan keluar ke Pasar Pakan pada PAGI AHAD (jam 7. 00 pagi – 11.30 Pagi) minggu tidak balik kampung dengan menggunakan pakaian seragam sekolah.

7.     Pelajar yang memerlukan rawatan di Klinik Desa Pakan juga wajib menggunakan pakaian seragam sekolah serta membawa bersama kad perubatan serta memberitahu waden bertugas.

 

 BALIK KAMPUNG PELAJAR ASRAMA

8.     Pelajar asrama balik kampung 2 minggu sekali.

9.     Pelajar asrama wajib menggunakan pakaian balik kampung iaitu baju T-Shirt berkolar dengan Logo SMK Pakan.

  

PELAJAR HARIAN

10. Pelajar harian yang menggunakan motorsikal wajib menggunakan topi kaledar.

11. Pelajar harian dilarang keluar dari kawasan sekolah pada waktu rehat.

12.  Pelajar harian dilarang membawa motorsikal/kenderaan ke kawasan asrama. (Tinggalkan pada kawasan yang telah ditetapkan)

13.  Pelajar harian dilarang membawa/mengangkut pelajar asrama keluar dari kawasan sekolah.

14.  Pelajar harian dilarang pergi ke asrama.


Kembali ke atas