Lokasi Anda:   Bahagian HEM -->  PERATURAN BERPAKAIAN PELAJAR

Peraturan Berpakaian Pelajar SMK Pakan

 

 

Berikut merupakan garis panduan berpakaian yang telah ditetapkan dan perlu dipatuhi oleh pelajar-pelajar sekolah yang bersekolah di SMK Pakan.

1.0 PAKAIAN SERAGAM (Mengikut Pekeliling Iktisas Bil. 3/1993, Kementerian Pelajaran Malaysia)

    1.1 Pakaian seragam murid tingkatan 1 hingga tingkatan 5:

       1.1.1 Murid Lelaki

a) Seluar panjang (fesyen ala jeans dilarang sama sekali)

b) Baju putih berlengan pendek

c) Kasut getah/kanvas berwarna putih

d) Berstokin putih

 

 

 

 

 

 

1.1.2 Murid Perempuan

a) Pinafore biru berlengan dan berkolar putih

b) Kasut getah/kanvas berwarna putih

c) Berstokin putih

d) Murid Perempuan beragama Islam

    WAJIB:

    i. memakai baju kurung potongan tradisional berwarna putih

   ii. Tudung kepala berwarna putih

 

 


Pakaian murid perempuan bukan Islam

Pakaian murid perempuan Islam

 

2.0 PAKAIAN SEMASA AKTIVITI SUKAN/PJK

    2.1 Murid perempuan / lelaki hendaklah memakai pakaian sukan

        2.1.1 Baju sukan berlengan panjang / pendek

        2.1.2 Seluar panjang sukan

        2.1.3 Berkasut sukan atau kasut getah/kanvas berwarna putih

        2.1.4 Berstoking warna putih

        2.1.5 Bagi murid perempuan beragama Islam wajib menggunakan tudung semasa subjek PJK

 

3.0 PAKAIAN SEMASA MAJLIS RASMI SEKOLAH

    3.1 Murid lelaki/perempuan wajib menggunakan pakaian seragam sekolah kecuali apabila dinotiskan atau diberi maklum oleh pihak sekolah menggunakan pakaian jenis lain.

 

4.0 PAKAIAN SEMASA KELAS TAMBAHAN/TUISYEN

    4.1 Murid lelaki/perempuan wajib menggunakan seluar panjang dan berbaju lengan pendek/panjang. Baju singlet tidak dibenarkan.

    4.2 Pakaian yang menjolok mata, nipis, jarang atau terlalu ketat adalah dilarang.

 

5.0 PAKAIAN SEMASA MENGHADIRI AKTIVITI KELAB/PERSATUAN

    5.1 Murid lelaki/perempuan digalakkan menggunakan pakaian sukan dan baju-T berkolar. Baju singlet tidak dibenarkan.

    5.2 Murid lelaki/perempuan wajib menggunakan seluar panjang

 

6.0 PAKAIAN SEMASA BELAJAR MALAM

    6.1 Murid lelaki/perempuan wajib menggunakan seluar panjang.

    6.2 Pakaian yang menjolok mata, nipis, jarang atau terlalu ketat adalah dilarang.

    6.3 Baju singlet tidak dibenarkan.

 

7.0 LARANGAN MEMAKAI SEBARANG PAKAIAN JENIS JEANS

    7.1 Seluar dan baju jeans adalah dilarang sama sekali digunakan oleh pelajar sekolah di dalam kelas, bilik, dewan, mana-mana premis atau
         di dalam kawasan sekolah SMK Pakan.

 

8.0 LARANGAN MEMAKAI PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH YANG KECIL DAN KETAT

    8.1 Pelajar lelaki/perempuan dilarang menggunakan pakaian seragam sekolah yang terlalu kecil atau ketat atau kelihatan canggung.

    8.2 Pakaian yang kecil bagi lelaki bermaksud;

        a) Baju : (i) Lengan baju pendek tidak melepasi separuh lengan pemakainya

                    (ii) Bahagian bawah baju : Apabila di keluarkan daripada seluar tidak melepasi keseluruhan kocek seluar panjang. ATAU tidak
                         melepasi keseluruhan punggung pemakainya.

                    (iii) Menampakkan bentuk badan pemakainya.

        b) Seluar panjang : (i) Kaki seluar panjang tidak sampai ke bahagian kasut dan kelihatan tergantung

                    (ii) Kaki seluar dipotong mengecil di hujung

    8.3 Pakaian yang kecil bag perempuan bermaksud;

        (a) Baju: Menampakkan bentuk badan pemakainya

        (b) Skirt : Tergantung di atas paras lutut


Kembali ke Atas